Jumaat, 4 Julai 2008
  

Majlis Sambutan Hari Ibu peringkat Ampang

Jumaat, 16 Mei 2008 • Kategori: Berita Negeri, Selangor & Putrajaya

KUALA LUMPUR, 16 Mei (SK) - Yayasan Pembangunan Wanita akan menganjurkan sambutan Hari Ibu peringkat Parlimen Ampang pada Ahad 18 Mei ini di Padang Taman Kosas di Ampang, Selangor.

Sambutan berkenaan akan bermula pada jam 9 pagi dan akan dirasmikan oleh Ahli Parlimen Ampang merangkap Ketua Wanita KeADILan, Zuraida Kamaruddin.

Pelbagai acara yang diisi sepanjang program, antaranya sukaneka untuk ibu dan anak, pertandingan mewarna untuk kanak-kanak serta pemeriksaan kesihatan secara percuma.

Difahamkan Timbalan Speaker Selangor Harniza Talha, Ahli Parlimen Gombak yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa Azmin Ali serta Adun Lembah Jaya Khasim Abdul Aziz akan turut hadir di program ini.

Berikan Pendapat Anda

Jika anda ingin menyuarakan sebarang komen, aduan, cadangan, pendapat, rencana atau sebagainya, sila hantarkan e-mel kepada kami. Sertakan bersama nama, nama pena, alamat, no. kad pengenalan, dan no. telefon (maklumat anda adalah rahsia dan tidak akan disiarkan).

Artikel yang diterima dan dikemaskinikan akan dipaparkan didalam kolum Forum Pembaca.