Pushpa jemput kenduri anaknya
Khamis, 22 Mei 2008 • Kategori: Kuala LumpurAKTIVIS reformasi, S Pushpalingam menjemput orang ramai khususnya aktivis reformasi dan pemimpin serta ahli-ahli KeADILan untuk menghadiri majlis perkhawinan anak perempuannya, Lalithambigai pada Sabtu 24 Mei ini.
Menurut Pushpa, majlis perkahwinan itu akan bermula pada jam 7 petang dan bertempat di Dewan MBSA, Seksyen 19, Jalan Gelora 19/46, Shah Alam.
Lalithambigai, 25 melangsungkan perkahwinan dengan pasangannya, Sujan Visvanathan 26, seorang Pengurus Perniagaan di sebuah syarikat membeli-belah terkemuka.
Pushpa boleh dihubungi melalui talian telefon 019 335 0477.
Berikan Pendapat Anda
SMS
RSS
