Jumaat, 22 Ogos 2008
  

Fuziah Salleh Giat Menjalankan Tugas di Kuantan

Jumaat, 28 Mac 2008 • Kategori: Pahang

Kuantan, 27 Mac - Pn Hjh Fuziah Salleh telah bertemu rakyat di Bandar Kuantan, p1210027.JPGKempadang, Kg Baru, Cenderawasih, dan St Thomas Church sebaik saja tiba di Kuantan selepas memenuhi tugasannya di peringkat nasional di Kuala Lumpur.

Sebahagian pertemuannya mendapati bahawa rakyat masih dilanda berbagai kesulitan dan berterusan mengaju aduan-aduan mereka di kaunter-kaunter Pusat Khidmat KeADILan Kuantan.

Aduan-aduan melibatkan berbagai agensi kerajaan dan beberapa pihak swasta dan badan berkanun yangp11702692.JPG perlu diteliti sebelum disusuli dengan tindakan-tindakan yang wajar.

Kadar aduan yang semakin meningkat memerlukan lebih ramai sukarelawan dari berbagai lapisan masyarakat (dewasa) bagi membantu rakyat untuk kepentingan rakyat.p12200092.JPG

“Budaya kepimpinan rakyat untuk rakyat ini perlu diwar-war, disebar dan menjadi budaya baru dalam masyarakat, khususnya di Kuantan. Ia membawa konsep bahawa rakyat juga adalah para pemimpin yang bertanggungjawab dalam membantu agensi-agensi kerajaan dan lainnya dalam memastikan segala hak rakyat dipenuhi dan memastikan kerajaan yang telus, tulus dan adil wujud dan memainkan peranannya seperti yang dikehendaki rakyat jelata.” kata Pn Hjh Fuziah Salleh.

Berikan Pendapat Anda

Jika anda ingin menyuarakan sebarang komen, aduan, cadangan, pendapat, rencana atau sebagainya, sila hantarkan e-mel kepada kami. Sertakan bersama nama, nama pena, alamat, no. kad pengenalan, dan no. telefon (maklumat anda adalah rahsia dan tidak akan disiarkan).

Artikel yang diterima dan dikemaskinikan akan dipaparkan didalam kolum Forum Pembaca.