Jumaat, 22 Ogos 2008
  

Sambutan Maulidur Rasul di Permatang Pauh

Ahad, 23 Mac 2008 • Kategori: Pulau Pinang

Permatang Pauh, 23 Mac- Lawatan Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Presiden PKR Datin Seri Dr Wan Azizah dan Timbalan Ketua Menteri YB Sdr Mohamad Fairuz Khairuddin ke Permatang Pauh disambut dengan kenduri sambutan Maulidur Rasul di beberapa tempat dan kampung-kampung di sekitar Permatang Pauh.

ppp2.jpg

Lawatan rombongan pimpinan rakyat ini dilakukan beberapa tempat disekitar Permatang Pauh, antara kampung-kampung yang dilawati ialah, Kampung Mengkuang Sungai Lembu, Kampung Mengkuang Titi, Kampung Permatang Pasir, dan juga Kampung Permatang Tengah yang terletak berhampiran dengan pekan Permatang Pauh. Di Kampung Permatang Tengah, rombongan pimpinan berarak sambil berselawat keatas junjungan besar nabi Muhammad S.A.W dengan diikuti oleh penduduk kampung tersebut secara beramai-ramai.

ppp6.jpg

Dalam ucapan Anwar menegaskan bahawa beliau telah berbincang dengan kelima-lima Menteri Besar dan Ketua Menteri bahawa kerjasama erat akan di perkukuhkan lagi, sementara agenda untuk membantu rakyat semampu yang mungkin akan menjadi agenda utama selain agenda membenteras rasuah dan penyelewengan.

“Projek-projek mewah yang tidak menguntungkan rakyat akan dikaji semula, dan kita akan jadikan wang tersebut sebagai bantuan kepada yang memerlukan dan membantu rakyat miskin,” jelas Anwar.

Sambil berseloroh beliau juga mengingatkan bahawa tidak banyak lagi kerusi yang akan kita ambil dan perintah negara ini, dan disambut dnegan tepukan gemuruh penduduk yang hadir.

ppp1.jpg

Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang , YB Mohd Fairuz Khairuddin juga telah berucap. Beliau berkata, “Kita akan menyusun program-progran bagi mengimarak kan masjid-masjid dengan kuliah-kuliah agama dan disamping menjaga institusi agama agar tidak diperlekehkan dan juga mengatur semula program-progam bagi meningkatkan kekuatan ummah dimana program-program yang akan diatur nanti akan mengeratkan hubungan sesama ummat disamping masjid dijadikan fungsi sebagai tempat untuk mendapatkan ilmu dunia akhirat”

ppp3.jpg

Beliau juga berjanji untuk menjaga kepentingan kaum Melayu kerana selama ini banyak masalah yang berkaitan dengan kebajikan kaum Melayu telah tidak dipedulikan dan dikesampingkan oleh pimpinan sebelum ini yang merujuk kepada pimpinan UMNO.

“Dalam hal ini tiada kompromi, saya telah diamanahkan untuk menjaga kepentingan kaum Melayu dan dalam masa yang sama juga menjaga kepentingan agama di Pulau Pinang. Janganlah ada pihak-pihak yang cuba melaga-lagakan umat Islam dan bukan Islam kerana ianya tidak mengunungkan sesiapa pun, sebaliknya beliau juga berjanji untuk menyusun semula Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP).

ppp7.jpg

Tidak ketinggalan berucap ialah Datin Presiden, beliau yang tidak bercakap banyak telah mengucapkan ribuan terima kasih kerana penduduk Permatang Pauh bekerja kuat sehingga memenangkan PKR dan mempertahankan Permatang Pauh. Beliau juga akan membawa suara rakyat mewakili penduduk Permatang Pauh ke Parlimen.

ppp8.jpg

Berikan Pendapat Anda

Jika anda ingin menyuarakan sebarang komen, aduan, cadangan, pendapat, rencana atau sebagainya, sila hantarkan e-mel kepada kami. Sertakan bersama nama, nama pena, alamat, no. kad pengenalan, dan no. telefon (maklumat anda adalah rahsia dan tidak akan disiarkan).

Artikel yang diterima dan dikemaskinikan akan dipaparkan didalam kolum Forum Pembaca.