Jumaat, 22 Ogos 2008
  

KeADILan Bayan Baru berjaya adakan mesyuarat pertama

Jumaat, 27 Jun 2008 • Kategori: Pulau Pinang

BAYAN BARU, 22 Jun- Mesyuarat Agong Pertama KeADILan Bahagian Bukit Gelugor telah diadakan bagi memilih jawatankuasa tetap setelah Pendaftar Pertubuhan (ROS) meluluskannya selepas 2 tahun menunggu.

“Pendataran Malaysian United Indian Party (MUIP) yang diketuai Nallakarupan oleh ROS hanya mengambil masa 2 minggu sahaja untuk diluluskan berbanding PKR yang terpaksa menunggu 2 tahun untuk diluluskan” kata Setiausaha Perhubungan Negeri Pulau Pinang, Abdul Malik Kassim, merasmikan mesyuarat agong berkenaan.

Turut hadir adalah bekas Ketua Bahagian Penaja Bahagian Bukit Gelugor, Jamil Mohd Noor dan Pengarah Pilihanraya Keadilan Negeri Pulau Pinang Mustafa Yusuf, yang turut merasmikan penutupan mesyuarat berkenaan.

Mustafa menjelaskan pemilihan yang dilakukan adalah kehendak perlembagaan parti dan pendaftar pertubuhan yang perlu diselesaikan bersama-sama bahagian Batu Kawan telah juga diluluskan pendaftaran bahagian berkenaan.

Pemilihan menyaksikan Ketua Bahagian disandang oleh Adun Batu Uban, Raveentharan manakala bekas ADUN Batu Lanchang dan juga bekas penasihat undang-undang Parti Gerakan,  Lim Boo Chang dipilih sebagai Timbalan Ketua Bahagian sehingga tahun 2008.

Berikan Pendapat Anda

Jika anda ingin menyuarakan sebarang komen, aduan, cadangan, pendapat, rencana atau sebagainya, sila hantarkan e-mel kepada kami. Sertakan bersama nama, nama pena, alamat, no. kad pengenalan, dan no. telefon (maklumat anda adalah rahsia dan tidak akan disiarkan).

Artikel yang diterima dan dikemaskinikan akan dipaparkan didalam kolum Forum Pembaca.