Jumaat, 22 Ogos 2008
  

Anwar Ibrahim menjadi tetamu khas Malam Karyawan II

Isnin, 9 Jun 2008 • Kategori: Selangor & Putrajaya

SHAH ALAM, 7 Jun (SK) – Ketua Umum KeADILan, Anwar Ibrahim telah menjadi tetamu khas ‘Malam Karyawan II – Memperkasa Budaya’ yang di adakan di Dewan Jubli Perak, Bangunan Sultan Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada 7 Jun lalu.

Majlis yang dianjurkan oleh kerajaan negeri Selangor dengan kerjasama Institut Kajian Dasar(IKD) telah menampil beberapa sasterawan negara, pelukis tersohor dan karyawan-karyawan yang terkenal seperti A. Samad Said dan lain-lain.

Anwar dalam ucapannya memberikan penekanan tentang soal bahasa, sastera dan budaya harus dipertingkatkan dan diperkembangkan.

lagi gambar dan berita akan diterbitkan dalam Suara Keadilan akan datang

Berikan Pendapat Anda

Jika anda ingin menyuarakan sebarang komen, aduan, cadangan, pendapat, rencana atau sebagainya, sila hantarkan e-mel kepada kami. Sertakan bersama nama, nama pena, alamat, no. kad pengenalan, dan no. telefon (maklumat anda adalah rahsia dan tidak akan disiarkan).

Artikel yang diterima dan dikemaskinikan akan dipaparkan didalam kolum Forum Pembaca.