Jumaat, 22 Ogos 2008
  

Keganasan Polis Di Rusila: 1 Parah Ditembak Polis

Sabtu, 8 Mac 2008 • Kategori: Pilihanraya 2008, Terengganu

Kedamaian kota Rusila, Terengganu bertukar tegang apabila polis dan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) bertindak menyuraikan dengan ganas 5000 penyokong Pas yang mahu menunaikan undi.

Polis melepaskan 50 das pemedih mata kearah orang-ramai dan FRU dikerah memburu mereka yang bertempiaran lari.

Lebih 5000 penyokong Pas termasuk Presiden Pas Abdul Hadi Awang terperangkap dalam serangan polis itu.

Dalam kejadian itu, anak kepada Presiden Pas itu, Mohd Khalid Abdul Hadi, 31, termasuk 21 penyokong Pas ditangkap. Seorang ahli Pas Razak Seman cedera parah dan dikejar ke hospital kerana ditembak polis dan seorang lelaki pengsan akibat sesak nafas terhidu gas beracun.

Ketegangan diantara polis dan penyokong parti aliran Islam itu berlaku apabila dua buah bas yang dikatakan membawa pengundi hantu ditahan menuju pusat pengundian di Sekolah Kebangsaan Rusila.

Situasi bertukar gawat apabila FRU dikerah campurtangan dan menahan penyokong-penyokong Pas yang berhimpun di lokasi kejadian.

Menurut sumber berita, warga kampung bersembunyi menutup pintu dan tingkap rumah kerana bimbang dengan tindakan ganas pihak berkuasa.

Berikan Pendapat Anda

Jika anda ingin menyuarakan sebarang komen, aduan, cadangan, pendapat, rencana atau sebagainya, sila hantarkan e-mel kepada kami. Sertakan bersama nama, nama pena, alamat, no. kad pengenalan, dan no. telefon (maklumat anda adalah rahsia dan tidak akan disiarkan).

Artikel yang diterima dan dikemaskinikan akan dipaparkan didalam kolum Forum Pembaca.