Jumaat, 22 Ogos 2008
  

Perhimpunan Solidariti “Selamatkan Malaysia, Keadilan untuk Anwar” di Parlimen

Ahad, 29 Jun 2008 • Kategori: Berita Semasa, Kenyataan, Nasional, Pusat

Semua aktivis dan pemimpin pertubuhan bukan kerajaan dijemput hadir perhimpunan solidariti “Selamatkan Malaysia, Keadilan untuk Anwar” di Parlimen esok (30 Jun).

Berikut adalah butiran perhimpunan:

Tarikh: 30 Jun (Isnin)
Masa: 1:00 petang
Tempat: Parlimen

Perhimpunan ini bertujuan untuk menunjukkan bantahan terhadap fitnah dan ketidakadilan yang berlaku sekali lagi ke atas bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.

Sesiapa yang ingin hadir ke perhimpunan esok untuk menyatakan sokongan untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim, sila berpakaian formal (lelaki - berkemeja tie, kot dan berkasut; perempuan - berpakaian kemas) dan berkumpul di Parlimen pada jam 12:45 tengahari.

Berikan Pendapat Anda

Jika anda ingin menyuarakan sebarang komen, aduan, cadangan, pendapat, rencana atau sebagainya, sila hantarkan e-mel kepada kami. Sertakan bersama nama, nama pena, alamat, no. kad pengenalan, dan no. telefon (maklumat anda adalah rahsia dan tidak akan disiarkan).

Artikel yang diterima dan dikemaskinikan akan dipaparkan didalam kolum Forum Pembaca.