Polis Diseru Siasat Perakuan Seks Najib Razak-Altantuya
Khamis, 3 Julai 2008 • Kategori: Berita Semasa, Kenyataan, Nasional, Politik, PusatKetua Penerangan KeADILan Tian Chua menyeru pihak berkuasa untuk meneliti dan mengambil serius Perakuan Bersumpah yang mendedahkan hubungan Timbalan Perdana Menteri Najib Razak dan Altantuya Shaariibuu.
Perakuan Berumpah penyiasat persendirian Balasubramian Perumal itu membutirkan penemuan beliau berhubung hubungan intin antara Najib Razak itu dan wanita Mongolia yang dibunuh dengan kejam oleh dua pengiring peribadi Timbalan Perdana Menteri itu.
“Meskipun pihak Najib Razak menafikan pendedahan Perakuan Bersumpah itu, namun bukti penting ini tidak harus dikesampingkan oleh pihak berkuasa. Terdapatnya bukti dan maklumat penting dalam perakuan ini, dan pihak polis harus siasat penemuan ini dengan adil dan telus,” tegas Tian Chua ketika dihubungi Suara Keadilan.
Balasubramaniam adalah bekas anggota polis dan menjalankan perkhidmatan penyiasat persendirian hinggalah beliau diupah oleh penasihat kepada Najib Razak, Abdul Razak Baginda, untuk memantau pergerakan Altantuya.
Dalam satu sidang media tergempar hari ini di Ibu Pejabat KeADILan Kota Damansara, Balasubramanian mendedahkan Najib pernah bersetubuh dengan mangsa, bahkan Altantuya tidak mempunyai masalah diliwat oleh Timbalan Presiden Umno itu.
Dalam satu perkembangan yang lain, Tian Chua menasihatkan ahli-ahli parti dan orang ramai untuk bertenang dan tidak mempedulikan desas-desus Ketua Umum KeADILan Anwar Ibrahim telah ditangkap polis.
“Ini tidak benar sama-sekali. Saya minta semua ahli dan penyokong untuk bertenang dan tidak percaya kepada desas-desus ini. Maklumat sahih akan disampaikan melalui saluran rasmi parti dari jawatankuasa yang telah dilantik memantau dan menguruskan situasi ini.”
Berikan Pendapat Anda
SMS
RSS
