Kakitangan PUSPAKOM rasuah?
Selasa, 8 Julai 2008 • Kategori: Berita Semasa, ParlimenParlimen, 8 Julai (SK) – Persoalan mengenai terdapat banyak aduan mengenai penyelewengan dan rasuah di kalangan kakitangan PUSPAKOM khususnya sewaktu proses pemeriksaan kenderaan didedahkan Pakatan Rakyat hari ini.
Gejala itu didedahkan Hee Loy Sian (KeADILan-Petaling Jaya Selantan) dalam soalan tambahannya kepada Menteri Pengangkutan, Ong Tee Keat (BN-Pandan) dalam sesi soal jawab lisan.
Menurut Loy Sian, terdapat pemilik kenderaan yang terpaksa membuat ‘pembayaran’ bagi tujuan mempercepatkan proses pemeriksaan kenderaannya.
“Memang kalau bagi duit memang banyak cepat (cepat buat pemeriksaan)” jelas beliau lagi.
Beliau dalam masa yang sama meminta kerajaan untuk menyatakan hasrat sama ada ingin menubuhkan satu badan yang benar-benar bebas bagi menyiasat rasuah dan penyelewengan yang berlaku di PUSPAKOM.
Sepertimana yang dijangkakan menteri berkenaan menjawab bahawa perkara yang dikemukakan itu perlu dilaporkan secara terperinci kepada pihak penguatkuasa untuk tindakan susulan boleh diambil kemudiannya.
Menteri itu turut memaklumkan bahawa kerajaan sedang dalam langkah yang serius untuk membenteras sebarang bentuk rasuah dan penyelewengan di negara ini. Namun beliau tidak menjawab berhubung penubuhan badan siasatan bebas itu.
Berikan Pendapat Anda
SMS
RSS
