Anwar di Kuala Langat malam ini

Friday, 25 July 2008 • Kategori: Berita Semasa, Nasional, Selangor & Putrajaya

KUALA LUMPUR, 25 Julai (SK) - Anwar Ibrahim akan menghadiri rapat Umum bersama penduduk Kuala Langat Malam ini.

Bertempat di Stadium Jugra, Telok Datok, Banting, beberapa pimpinan tempatan termasuk Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani turut akan menyampaikan ucapan.

Majlis yang dimulakan pada jam 9 malam ini juga akan dihadiri Exco kerajaan Negeri, Dr Xavier Jayakumar.