Khidmat Guaman Percuma di Kelana Jaya

Thursday, 31 July 2008 • Kategori: Berita Semasa, Nasional, Selangor & Putrajaya

PEJABAT Ahli Parlimen Kelana Jaya, Loh Gwo Burne akan menganjurkan khidmat nasihat guaman percuma di pejabat beliau 17 Ogos ini.

Program yang dikhususkan untuk wanita ini akan tertumpu mengenai undang-undang keluarga dan pekerjaan dan akan dikendalikan oleh Pusat Bantuan Guaman.

Program berkenaan juga akan bermula pada jam 2 petang dan berakhir jam 6 petang. Sebarang pertanyaan boleh hubungi Ros ditalian 017-3103224