Ketua KeADILan Kedah nafi ahli keluar parti
Isnin, 25 Ogos 2008 • Kategori: Berita Semasa, Kedah, P44 Permatang PauhPERMATANG PAUH , 25 OGOS (SK) - PENGERUSI KeADILan Kedah hari ini memberitahu, ahli-ahli KeADILan negeri tersebut masih setia dalam perjuangan KeADILan.
Menurut Zamri Yusof seperti yang didakwa hari ini di media-media arus perdana, beliau menafikan dakwaan sama ada ketua bahagian atau ketua AMK bahagian keluar parti seperti mana dikatakan oleh Ezam dan Zamil Ibrahim.
“Dakwaan Ezam dan Zamil Ibrahim adalah tidak benar, yang tersiar didalam akhbar adalah bekas-bekas ahli KeADILan yang telah lama keluar dari KeADILan,” katanya didalam sidang media.
Zamil turut dikatakan telah keluar KeADILan sejak awal lagi, dan beliau semalam sekali lagi mengumumkan keluar KeADILan
Turut hadir dalam sidang media yang diadakan di Yayasan Aman itu ialah beberapa pemimpin KeADILan peringkat bahagian dan negeri Kedah.
Berikan Pendapat Anda
SMS
RSS
