Anwar mahu bentuk kerajaan secepat mungkin

Selasa, 26 Ogos 2008 • Kategori: Berita Semasa, P44 Permatang Pauh

[10.45 pagi]PERMATANG PAUH, 26 OGOS (SK) -Calon KeADILan,Anwar Ibrahim,akan membentuk kerajaan persekutuan yang baru setelah beliau mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen dan mengadakan rundingan dengan beberapa ahli parlimen BN untuk menyertai pakatan.

Beliau turut melahirkan rasa syukur dan gembira terhadap sokongan yang ditunjukan rakyat kepada beliau walaupun tidak dibayar, namun sokongan yang diberikan terlalu besar.

Bercakap ketika di luar pusat pengundian, Anwar turut mengutuk tindakan-tindakan lawan yang mengunakan platform ini bagi menyerang beliau secara peribadi.

“Saya tentu terlalu syukur dan gembira terhadap sokongan dikalangan rakyat dan massa dan sentimen itu bukan pura-pura dan dibayar tetapi ia harus diterjemah dalam bentuk undi dan pilihan raya mesti dijalankan dengan adil tetapi ada problem terutama serangan media itu terlalu besar,” katanya.

Anwar turut menyelar tindakan kempen BN yang terlalu jijik dan kotor.

“Saudara lihat sendiri banner2 mereka kita terangkan agenda ekonomi mereka serang peribadi serang peribadi secara jelik,” katanya lagi.

Berikan Pendapat Anda

Jika anda ingin menyuarakan sebarang komen, aduan, cadangan, pendapat, rencana atau sebagainya, sila hantarkan e-mel kepada kami. Sertakan bersama nama, nama pena, alamat, no. kad pengenalan, dan no. telefon (maklumat anda adalah rahsia dan tidak akan disiarkan).

Artikel yang diterima dan dikemaskinikan akan dipaparkan didalam kolum Forum Pembaca.