Jumaat, 21 November 2008

Abdullah akan pertahan jawatan

Isnin, 6 Oktober 2008 • Kategori: Berita Semasa, Politik

KUALA LUMPUR 6 OKTOBER (SK) - Presiden Umno, Abdullah Ahmad Badawi akan mempertahankan jawatannya dalam pemilihan pucuk pimpinan parti itu pada Mac 2009 nanti.

Menurut sumber, pada 5/10/09 ( hari semalam)Abdullah telah mengadakan pertemuan dengan beberapa  ulama di Putrajaya bagi mendapatkan pandangan berhubung tindakan yang sepatutnya di ambil beliau menjelang 9 oktober ini.

Pertemuan yang di adakan pada kira-kira jam 3.50 petang  di Pejabat Abdullah selama satu jam itu menggesa supaya Abdullah mempertahankan jawatan beliau sebagai Presiden Umno melalui pemilihan dalam perhimpunan Agong Umno, Mac tahun depan.

Pengumuman yang di jangka akan di umumkan Abdullah pada bila-bila masa sebelum 9 Oktober ini akan mengejudkan banyak pihak terutamanya timbalan Perdana Menteri merangkap Timbalan Presiden Umno, Najib Razak.

Keputusan ini sekali gus akan meletakkan Najib berada dalam keadaan serba salah setelah beberapa pemimpin Umno seperti Naib Presidennya, Mohd Ali Rustam dan Ahmad Zahid Hamidi serta Ketua Umno Bahagian Pulai, Nur Jazlan Mohammad telah mengistiharkan akan bertanding merebut jawatan nombor dua dalam parti.

Sebelum ini keputusan beberapa calon bertanding merebut kerusi Timbalan Presiden dibuat ekoran petanda bahawa Abdullah akan melepaskan jawatannya sebagai Presiden menjelang Mac tahun depan.

Ekoran itu, Abdullah dianggap tidak akan mengambil bahagian dalam merebut  jawatan tertinggi parti pada Mac nanti.

Berikan Pendapat Anda

Jika anda ingin menyuarakan sebarang komen, aduan, cadangan, pendapat, rencana atau sebagainya, sila hantarkan e-mel kepada kami. Sertakan bersama nama, nama pena, alamat, no. kad pengenalan, dan no. telefon (maklumat anda adalah rahsia dan tidak akan disiarkan).

Artikel yang diterima dan dikemaskinikan akan dipaparkan didalam kolum Forum Pembaca.