Jumaat, 22 Ogos 2008
  

Kemenangan KeADILan di Pilihanraya Ke-12

Ahad, 9 Mac 2008 • Kategori: Nasional, Pilihanraya 2008

Kuala Lumpur, 9 Mac - Satu Era baru telah tercipta pada hari ini. Pihak Pembangkang telah menafikan Barisan Nasional daripada memegang 2/3 kerusi di Parlimen. KeADILan telah memenangi sebanyak 31 kerusi Parlimen dan 40 kerusi negeri.

Dato’ Seri Anwar Ibrahim dalam sebuah sidang media semalam telah menyampaikan penghargaan setinggi-tinggi beliau kepada rakan-rakan seperjuangan dan rakyat Malaysia kerana telah berusaha untuk mengubah negara kita.

“Hari ini, sebuah era baru telah tercipta. Rakyat telah mengambil keputusan dengan jelas, menuntut kerajaan haruslah benar-benar mewakili sentimen semua rakyat Malaysia, tanpa mengambil kira kaum, budaya dan agama dengan mengambil kira Malaysia sebagai sebuah keluarga.”

Berikan Pendapat Anda

Jika anda ingin menyuarakan sebarang komen, aduan, cadangan, pendapat, rencana atau sebagainya, sila hantarkan e-mel kepada kami. Sertakan bersama nama, nama pena, alamat, no. kad pengenalan, dan no. telefon (maklumat anda adalah rahsia dan tidak akan disiarkan).

Artikel yang diterima dan dikemaskinikan akan dipaparkan didalam kolum Forum Pembaca.