Anwar berucap di ceramah perdana malam ini

Tuesday, 6 January 2009 • Kategori: Nasional, P36 Kuala Terengganu

KUALA TERENGGANU, 6 DISEMBER (SK) - KETUA UMUM KeADILan, Anwar Ibrahim akan memulakan siri kempen beliau di Pilihan Raya Kecil Kuala Terengganu bermula malam ini.

Beliau akan bersama-sama Presiden Pas Abdul Hadi Awang serta pemimpin utama DAP Lim Kit Siang berceramah malam ini di Tanjung Kuala Terengganu.

Program berkenaan akan dimulakan pada jam 9 malam itu merupakan progrom julung kalinya beliau di Kuala Terengganu selepas pulang dari luar negara.

Anwar yang kini dalam perjalanan pulang dari Turki akan ke Kuala Terengganu sebaik tiba di Kuala Lumpur.

Sementara itu, Pengerusi Bilik Gerakan Utama KeADILan Yahya Zakaria berkata, rakyat di Kuala Terengganu menanti-nanti kehadiran Anwar.

“Anwar akan berada di Kuala Terengganu, dan kami telah mengatur beberapa program untuk beliau serta kepimpinan KeADILan yang lain,” kata Yahya.

Oleh yang demikian, untuk sebarang pengesahan jadual serta program, Yahya boleh dihubungi di talian 0148236016.