Jumaat, 4 Julai 2008
  

Soalan Asal Diubah?

Khamis, 15 Mei 2008 • Kategori: Parlimen

Parlimen, 15 Mei (SK) – Soalan asal Loke Siew Fook (DAP-Rasah) ditukarkan tanpa izin. Soalan tersebut meminta perincian perbelanjaan PLKN sebanyak RM 2.37 bilion serta penyenaraian syarikat yang mendapat kontrak PLKN.

Apa yang menghairankan bagaimanakah soalan tersebut ditukarkan? Siapakah dalang yang menukarkannya? Apakah motif soalan tersebut diubah?

Berikutan itu, pihak kerajaan hanya menjelaskan secara umum perbelanjaan peruntukkan program tersebut mengikut pecahan tahun tidak secara terperinci.

Kerajaan seharusnya bertanggungjawab menjelaskan secara terperinci perbelanjaan program (PLKN) sepanjang tempoh 2004-2008 sebagaimana yang diminta soalan asal.

Peruntukkan tahunan PLKN adalah antara RM 565 juta - RM 608.6 juta mulai 2004 hingga 2008. Ini melebihi daripada bajet asal sebanyak RM 500 juta setahun. – Zuwairi Zakwa

Berikan Pendapat Anda

Jika anda ingin menyuarakan sebarang komen, aduan, cadangan, pendapat, rencana atau sebagainya, sila hantarkan e-mel kepada kami. Sertakan bersama nama, nama pena, alamat, no. kad pengenalan, dan no. telefon (maklumat anda adalah rahsia dan tidak akan disiarkan).

Artikel yang diterima dan dikemaskinikan akan dipaparkan didalam kolum Forum Pembaca.