Menteri Jawab Soalan Tambahan yang Ditulis
Khamis, 15 Mei 2008 • Kategori: ParlimenParlimen, 15 Mei (SK) – Dewan Rakyat hari ini dikejutkan dengan tindakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Amirsham A. Aziz yang membaca jawapan bagi soalan tambahan yang dikeluarkan oleh Khairy Jamaluddin.
Khairy, ahli Parlimen Rembau, meminta Menteri berkenaan memberikan penjelasan kepada soalan asal yang dikemukan oleh Ahli Parlimen Rembau itu. Hal ini sekaligus membuktikan bahawa telah wujud pakatan antara Khairy dan Menteri tersebut dalam persoalan berikut.
Lantaran peristiwa tersebut, beberapa Ahli Parlimen Pakatan Rakyat bangkit mempertikaikan tindakan tersebut sehingga menyebabkan dewan kecoh selama 10 minit dimana berlaku pertengkaran antara Khairy serta beberapa wakil BN dengan Ahli Parlimen Pakatan Rakyat.
Dewan kembali tenang setelah Speaker Dewan menenangkan kedua-dua pihak ahli dewan. – Zuwairi Zakwa.
Berikan Pendapat Anda
SMS
RSS
