Soalan ditolak, Tian minta menteri beri penjelasan
Rabu, 25 Jun 2008 • Kategori: ParlimenPARLIMEN, 25 JUN (SK) - Ahli Parlimen Batu, Tian Chua melahirkan rasa kekesalan diatas penolakan soalan lisan yang dbuat beliau yang meminta agar Menteri Dalam Negeri menyatakan sama ada Kerajaan akan menahan pemimpin Hindaf, P Waytha Moorthy sekiranya pemimpin berkenaan pulang ke Malaysia.
Menurut Tian, tindakan berkenaan adalah tidak adil dan beliau menyeru agar menteri berkenaan memberi penjelasan.
Pertanyaaan berknaan telah ditolak dibawah peruntukan 23(1) (h) oleh Setiausaha Dewan Rakyat, Roosme Hamzah.
“Menteri Dalam Negeri perlu menjawab apakah yang telah dilakukan Waytha Moorthy sehinggakan beliau tidak dibenarkan pulang ke Malaysia,”katanya ketika sidang akhbar di lobi Parlimen tadi.
Berikan Pendapat Anda
SMS
RSS
