MP BN berani tuduh, enggan dengar penjelasan

Selasa, 8 Julai 2008 • Kategori: Parlimen

 

Parlimen 7 Julai (SK) – Dewan hari ini kecoh apabila, Liang Teck Meng (Gerakan-Simpang Renggam) dalam ucapan perbahasannya membuat tuduhan bahawa ahli parlimen Pakatan Rakyat yang memegang jawatan Dun sebagai tindakan membazirkan wang rakyat kerana ‘makan’ dua pendapatan dalam satu masa.

 

Dalam masa yang sama beliau turut mempertikaikan tindakan Pakatan Rakyat khususnya DAP yang sebelum ini mengkritik projek-projek pembangunan yang dijalankan di Pulau Pinang sewaktu menjadi pembangkang tetapi kini terhegeh-hegeh menuntut kerajaan Pusat membangunkan negeri berkenaan setelah memerintah negeri itu.

 

Tuduhan tersebut menyebabkan beberapa ahli parlimen Pakatan Rakyat bangkit membantah tunduhan jahat yang dibuat tanpa asas itu. Antara yang kelihatan bangun adalah Ooi Chuan Aun (DAP-Jelutung), Fong Kui Lun (DAP-Bukit Bintang), dan beberapa yang lain.

 

Mereka cuba meminta celahan terhadap ahli parlimen BN itu tetapi enggan diberikan laluan oleh Teck Meng. Berikutan keengganan memberi lalu bagi menjelaskan tuduhan tersebut menyebabkan sebilangan besar ahli parlimen Pakatan Rakyat bangkit bersuara mempertikaikan tindakan ‘takut’ MP BN itu.

Berikan Pendapat Anda

Jika anda ingin menyuarakan sebarang komen, aduan, cadangan, pendapat, rencana atau sebagainya, sila hantarkan e-mel kepada kami. Sertakan bersama nama, nama pena, alamat, no. kad pengenalan, dan no. telefon (maklumat anda adalah rahsia dan tidak akan disiarkan).

Artikel yang diterima dan dikemaskinikan akan dipaparkan didalam kolum Forum Pembaca.