Jumaat, 21 November 2008

Kemana Perdana Menteri?

Selasa, 8 Julai 2008 • Kategori: Parlimen

arlimen, 7 Julai (SK) –  Ketiadaan Perdana Menteri dalam tempoh yang agak lama khususnya sewaktu sesi perbahasan usul kajian separuh penggal Rancangan Malaysia Ke-9 (RMK-9) dipersoalkan ahli parlimen Pakatan Rakyat.

Perkara itu ditimbulkan Fong Po Kuan (DAP-Batu Gajah) yang mempertikaikan mengapa sehingga kini kita tidak nampak kelibat pemimpin nombor satu itu. “Seharusnya beliau perlu hadir bagi mendengar cadangan, kritikan, syor dan luahan berkenaan implemetasi RMK9″, tegas Fong. 

“Kemanakah Perdana Menteri?” soal Fong ketika memulakan ucapan perbahasan usul kajian separuh penggal rancangan itu. Menurut Fong lagi, Perdana Menteri hanya dilihat sewaktu membentangkan ucapan kajian separuh penggal itu pada 26 Jun lalu.

Berikutan persoalan Fong itu, ucapan perbahasannya segera diganggu beberapa ahli parlimen termasuklah, Tajuddin Abdul Rahman (BN-Pasir Salak), Mohd Puad Zarkashi (BN-Batu Pahat), Bung Moktar Radin (BN-Kinabantangan) dan beberapa yang lain yang mempertikaikan tindakan Fong itu.

Walaubagaimanapun, ganguan itu segera dikawal Speaker, Pandikar Amin Mulia dan Fong kembali menyambung semula ucapannya.

Berikan Pendapat Anda

Jika anda ingin menyuarakan sebarang komen, aduan, cadangan, pendapat, rencana atau sebagainya, sila hantarkan e-mel kepada kami. Sertakan bersama nama, nama pena, alamat, no. kad pengenalan, dan no. telefon (maklumat anda adalah rahsia dan tidak akan disiarkan).

Artikel yang diterima dan dikemaskinikan akan dipaparkan didalam kolum Forum Pembaca.