Jumaat, 21 November 2008

Permintaan ahli parlimen Pakatan Rakyat dan BN ditolak Speaker?

Khamis, 10 Julai 2008 • Kategori: Parlimen

Parlimen, 8 Julai (SK) – Tindakan Speaker Dewan Rakyat, Pandikar Amin Mulia menolak permintaan ahli parlimen Pakatan Rakyat dan sebahagian ahli parlimen BN bagi melanjutkan sesi penggulungan Kementerian Kewangan memeranjatkan dewan hari ini.

Perbincangan yang dianggap signifikan dan perlu di kalangan ahli dewan ini tidak ingin dilanjutkan Speaker berikutan faktor keterbatasan masa memandangkan banyak lagi kementerian yang akan membuat penggulungannya hari ini.

Peristiwa ini berlaku berikutan jaminan Timbalan Speaker, Ronald Kiandee untuk membenarkan Menteri berkenaan menyambung sesi penggulungan tersebut pada sesi pagi sebelum beliau menangguhkan sidang pada 12 tengah hari.

Walaubagaimanapun jaminan tersebut tidak tercapai apabila Speaker Pandikar Amin Mulia yang mengambil alih pengerusi sidang sebelah petang, membenarkan Kementerian Pertahanan mengambil alih giliran panggulungan.

Belumpun sempat Timbalan Menteri Pertahanan, Abu Seman Yusoff memulakan ucapan penggulungan, Wee Choo Keong (KeADILan-Wangsa Maju) bangun membacakan peraturan mesyuarat membantah tindakan Speaker yang bertindak enggan menyambung pennggulungan Menteri Kewangan sebagaimana yang dijanjikan sebelumnya.

Tindakan Choo Keong itu dibalas Speaker dengan beberapa hujah peraturan. Lantaran itu, Ahli Parlimen Gombak, Mohamed Azmin Ali kemudiannya bangun meminta supaya Speaker kembali membenarkan isu Kementerian Kewangan dibincangkan memandangkan isunya penting dan terdapat beberapa perkara yang tidak sempat dijelaskan menteri keduanya, Nor Mohamad Yaakob.

Sekalipun Speaker itu tidak membenarkannya, Azmin beberapa kali mengesa supaya isu tersebut tetap disambung semula meskipun terpaksa disambungkan selepas penggulungan Kementerian Pertahanan atau setidaknya keesokan hari.

Speaker walaubagaimanapu tetap dengan pendiriannya dengan mengambil keputusan berbau diktator tanpa mengambilkira pandangan ahli-ahli Pakatan Rakyat mahupun BN bagi menyambung isu Kementerian Kewangan itu.

Berikan Pendapat Anda

Jika anda ingin menyuarakan sebarang komen, aduan, cadangan, pendapat, rencana atau sebagainya, sila hantarkan e-mel kepada kami. Sertakan bersama nama, nama pena, alamat, no. kad pengenalan, dan no. telefon (maklumat anda adalah rahsia dan tidak akan disiarkan).

Artikel yang diterima dan dikemaskinikan akan dipaparkan didalam kolum Forum Pembaca.