Kerajaan enggan dedah kerugian 15 destinasi MAS
Khamis, 10 Julai 2008 • Kategori: ParlimenParlimen, 8 Julai (SK) – Kerajaan melalui Kementeri Pengangkutan hari ini enggan mendedahkan jumlah kerugian sebenar yang terpaksa ditanggung Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) bagi 15 destinasi yang dikategorikan berstatus rugi.
Persoalan itu ditumbulkan Fong Po Kuan (DAP-Batu Gajah) dalam soal lisannya yang meminta menteri berkenaan menyatakan laluan destinasi MAS yang mengalami kerugian di samping menyatakan nilai kerugian yang dialami syarikat milik kerajaan itu (GLC).
Menteri Pengangkutan, Ong Tee Keat dalam jawapannya menjelaskan 15 destinasi penerbangan MAS yang mengalami kerugian antaranya:
· KL – Mancheser
· KL – Vienna
· KL – Zurich
· KL – Fukuoka
· KL – Nagoya
· KL – Ahmedabad
· KL – Kolkata
· KL – Pontianak
· KL – Xian
· KL – Chengdu
· KL – Kaherah
· Kuching – Perth
· Kuching – Sydney
· Langkawi – London
· Penang – London
Walaubagaimanapun, menteri berkenaan enggan mendedahkan nilai kerugian syarikat tersebut bagi destinasi yang dijelaskan beliau atas alasan pendedahan tersebut dilarang mengikut peraturan Bursa yang tidak membenarkan maklumat ini diterbitkan kepada umum. Apakah Parlimenpun tidak berhak mengetahuinya?
Berikan Pendapat Anda
SMS
RSS
