57.8 peratus isi rumah berpendapatan kurang dari RM3000 sebulan.
Khamis, 10 Julai 2008 • Kategori: ParlimenParlimen, 9 Julai (SK) – Dewan hari ini diberitahu bahawa sebanyak 57.8 % daripada 5.8 juta isi rumah di negara ini yang berpendapatan kurang dari RM3001 sebulan berdasarkan penyiasatan pendapatan isi rumah bagi tahun 2007 oleh Jabatan Perangkaan Malaysia.
Maklumat mengenai perkara itu diumumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Amirshah A. Aziz dalam jawapan kepada soalan lisan yang dikemukakan Dr. Michael Jeyakumar Devaraj (KeADILan-Sungai Siput).
Berdasarkan kepada jawapan tersebut, dianggarkan sebanyak 3.35 juta daripada 5.8 juta isi rumah di negara ini berada ditahap yang ‘tidak selesa’ dalam menjalani kehidupan harian berikutan kenaikan harga minyak yang sekaligus mengundang peningkatan kadar inflasi.
Fakta tersebut juga memungkinkan data berhubung garis kemiskinan di negara ini dapat dipertikaikan memandangkan isi rumah yang berpendapatan kurang daripada RM2000 sebulan adalah sebanyak 38% iaitu lebih kurang 2.2 juta daripada seluruh isi rumah di negara ini.
Berikan Pendapat Anda
SMS
RSS
