Rabu, 8 Oktober 2008
  

Anwar sampaikan pidato di Hulu Kelang Ahad Ini

Jumaat, 6 Jun 2008 • Kategori: Politik, Selangor & Putrajaya

KETUA UMUM KeADILan, Anwar Ibrahim akan menyampai pidato perdananya di Padang AU2,  Jalan AU2, Taman Keramat Hulu Kelang, 8 Jun (ahad) ini.

Dalam program yang bernama Menuju Harapan Baru itu, Menteri Besar Selangor, Abdul Khalid Ibrahim, Naib Presiden KeADILan merangkap Ahli Parlimen Gombak dan Adun Bukit Antarabangsa, Azmin Ali serta Saari Sungib akan turut memberi pidato.

Antara isi yang akan dikupas oleh penceramah ialah kenaikan harga minyak dan Kerajaan Pakatan Rakyat

Program berkenaan akan bermula pada jam 9 malam. Semua rakyat dijemput menyertai program ini.

Berikan Pendapat Anda

Jika anda ingin menyuarakan sebarang komen, aduan, cadangan, pendapat, rencana atau sebagainya, sila hantarkan e-mel kepada kami. Sertakan bersama nama, nama pena, alamat, no. kad pengenalan, dan no. telefon (maklumat anda adalah rahsia dan tidak akan disiarkan).

Artikel yang diterima dan dikemaskinikan akan dipaparkan didalam kolum Forum Pembaca.