Jumaat, 4 Julai 2008
  

Kerajaan Malaysia Cemas Bekalan Beras Tahan 15 Hari Sahaja

Jumaat, 9 Mei 2008 • Kategori: Berita Semasa, Berita Utama, Ekonomi, Nasional

KERAJAAN Thailand telah memperuntukkan 500,000 tan beras sebagai langkah kecemasan membantu Malaysia kerana simpanan beras negara sekadar mampu bertahan 15 hari sahaja.

Jurucakap kerajaan Wichainchot Sukchotrat berkata Menteri Pertanian Malaysia Mustapa Mohamed menemui Perdana Menteri Samak Sundaravej bagi membincangkan kecemasan tersebut.

“Ini sebagai persediaan menghadapi isu kekurangan bekalan beras,” kata Wichainchot kepada media.

“Thailand akan membantu memberi 100,000 tan beras atau separuh dari jumlah permintaan hari hari ini (8 Mei).”

Selainnya akan dihantar dalam masa tiga hari, tambah Wichaincho, dan berkata Thailand akan menjual beras itu pada harga pasaran.

Malaysia yang menghasilkan 70 peratus dari kegunaan beras harian dan mengimport selebihnya dari Thailand, berada dalam keadaan runcing dengan kenaikan harga beras dunia.

Kenaikan harga beras dunia melonjak naik tahun ini, dipercayai berpunca dari faktor kenaikan kos baja, tenaga, permintaan global yang meningkat, kemarau, penukaran tanah bendang kepada estet minyak-bio dan spekulasi harga.

Beras wangi Thai, Pathunthani, dijual di pasaran minggu ini pada USD1,053 setiap satu ton bagi pasaran eksport.

Berikan Pendapat Anda

Jika anda ingin menyuarakan sebarang komen, aduan, cadangan, pendapat, rencana atau sebagainya, sila hantarkan e-mel kepada kami. Sertakan bersama nama, nama pena, alamat, no. kad pengenalan, dan no. telefon (maklumat anda adalah rahsia dan tidak akan disiarkan).

Artikel yang diterima dan dikemaskinikan akan dipaparkan didalam kolum Forum Pembaca.