Usul Menghentikan serta merta PLKN ditolak
Rabu, 14 Mei 2008 • Kategori: Berita Utama, ParlimenParlimen, 13 Mei (SK) – Usul bagi menghentikan serta merta Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) berikutan telah berlaku sebanyak 16 kematian pelatih program semenjak program tersebut diperkenalkan telah ditolak oleh Kerajaaan hari ini.
Usul tersebut telah dibawa oleh wakil rakyat Pakatan Rakyat, Fong Po Kuan (DAP-Batu Gajah) yang meminta agar kerajaan segera mempertimbangkan untuk menghentikan program tersebut serta merta.
Hal ini berdasarkan kepada alasan dimana telah berlakunya kekerapan kematian, masalah kesihatan dan keselamatan di kalangan pelatih PLKN. Menurut Fong lagi usul ini amat penting kerana ianya melibatkan persoalan nyawa dan keselamatan golongan pelatih tersebut.
Adalah difahamkan bahawa pada tahun ini seramai 110, 000 orang pelatih yang mana pastinya berkecenderungan untuk berlaku sebarang kemungkinan sama ada kematian, masalah keselamatan terhadap pelatih dan begitu juga masalah kesihatan.
Berikutan penolakan usul tersebut atas alasan bahawa perkara tersebut tidak perlu disegerakan, Fong ketika ditemui di lobi Parlimen memberikan kenyataan tidak puas hati beliau terhadap penolakkan usul tersebut disamping menggesa supaya Timbalan Perdana Menteri yang juga merupakan Menteri Pertahanan yang bertanggungjawab terhadap sebarang masalah dan isu yang berkaitan dengan PLKN.
‘Saya ingin bertanya Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pertahanan, Datuk Seri Najib, berapakah lagi nyawa pelatih PLKN yang harus dikorbankan untuk akhirnya pihak kerajaan akan menghentikan program tersebut atau perlu ada kemalangan yang besar baru kerajaan akan hentikannya’ tegas Fong yang begitu marah dengan ketidakprihatinan Kerajaan dalam isu berkenaan.
‘Ini kerana kita telah melihat pelbagai usaha pihak kerajaan sebelum ini untuk mengatasi pelbagai masalah PLKN yang menampakkan kegagalan dalam usaha menangani masalah tersebut’ ujar Fong.
Menurut Fong lagi, ‘Walaupun terdapat cadangan untuk mewajibkan pelatih untuk menjalani pemeriksaan kesihatan sebelum menyertai program tersebut namun ianya belum dapat menjamin kes kematian pelatih akan dapat dihindari kerana ianya telah tidak diwajibkan oleh kabinet’. – Zuwairi Zakwa.
Berikan Pendapat Anda
SMS
RSS
