Jumaat, 4 Julai 2008
  

VIDEO: Penderaan Pelatih Komando di Kem

Khamis, 15 Mei 2008 • Kategori: Berita Semasa, Berita Utama, Liputan Khas, Parlimen, Video

PARLIMEN, 15 Mei (SK)- Ahli Parlimen Machang, Saifuddin Nasution Ismail hari ini mendedahkan penderaan pelatih komando salah sebuah unit tentera negara.

Saifuddin sebelum ini membangkitkan perkara tersebut dalam sidang parlimen Isnin lalu, tetapi tiada jawapan daripada timbalan perdana menteri, yang juga menteri pertahanan Datuk Seri Najib Abdul Razak.

Dalam sidang medianya di parlimen pagi tadi, Saifuddin berkata berkata, beliau menerima klip video yang menunjukkan jurulatih mendera secara fizikal anggotanya serta memijak-mijak kepala mereka.

“Ini adalah soal maruah seorang manusia. Menteri pertahanan sendiripun tentunya tidak mahu kepalanya dipijak-pijak begitu,” kata Saifuddin.

Sebaliknya, Najib pula bertanya kepada Saifuddin sama ada beliau pernah melihat kejadian seumpama itu sewaktu menjadi setiausaha politik kepada menteri pertahanan pada tahun 1990-an.

“Saya tidak pernah melihat apa-apa pun seperti ini sebelum ini walaupun saya pernah menjadi setiausaha politik,” katanya sambil menambah, beliau mempunyai alasan untuk mempercayai ia memang benar-benar berlaku.

Menurutnya, pihak kementerian perlu memberi penjelasan mengenainya kepada orang ramai kerana beliau tidak rasa mereka boleh menerima apa yang dilakukan itu.

Lagi berita dan gambar akan terbit di Suara Keadilan cetak minggu hadapan

Video penderaan pelatih

Berikan Pendapat Anda

Jika anda ingin menyuarakan sebarang komen, aduan, cadangan, pendapat, rencana atau sebagainya, sila hantarkan e-mel kepada kami. Sertakan bersama nama, nama pena, alamat, no. kad pengenalan, dan no. telefon (maklumat anda adalah rahsia dan tidak akan disiarkan).

Artikel yang diterima dan dikemaskinikan akan dipaparkan didalam kolum Forum Pembaca.