Jumaat, 22 Ogos 2008
  

VIDEO Selangor beri gula dan beras percuma

Rabu, 18 Jun 2008 • Kategori: Berita Semasa, Berita Utama, Nasional, Selangor & Putrajaya, Video


[[Lintas lansung, 4 Petang]]SHAH ALAM, 18 Jun (SK)- Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim hari ini mengumumkan pemberian beras dan gula percuma kepada rakyat negeri ini dibawah pendapatan RM1500 sempena sambutan 100 hari pentadbiran Pakatan Rakyat di negeri ini.

Dalam pada itu, sempena sambutan berkenaan juga, pelbagai program telah dirangka dari 18 Jun hingga 22 Jun sempena sambutan berkenaan, dan kemuncaknya pula adalah ucaptama Ketua Umum KeADILan, Anwar Ibrahim di Stadium Shah Alam 20 Jun ini.

Beliau berkata sedemikian ketika sidang media mingguan selepas mesyuarat exco di Bangunan Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah

Mengulas mengenai perlantikan Ahli Majlis, Menteri Besar berkata pemilihan berkenaan telah dipersetujui dan satu kenyataan akan dikeluarkan esok.

Sementara itu, Menteri Besar ketika mengulas mengenai tentang ura-ura mengosongkan kerusi Bandar Tun Razak untuk Anwar Ibrahim, Khalid Ibrahim berkata tumpuan sekarang adalah untuk menguasai parlimen dan kerajaan bukan untuk bertanding di pilihanraya./fiq

Berikan Pendapat Anda

Jika anda ingin menyuarakan sebarang komen, aduan, cadangan, pendapat, rencana atau sebagainya, sila hantarkan e-mel kepada kami. Sertakan bersama nama, nama pena, alamat, no. kad pengenalan, dan no. telefon (maklumat anda adalah rahsia dan tidak akan disiarkan).

Artikel yang diterima dan dikemaskinikan akan dipaparkan didalam kolum Forum Pembaca.