86% Pengundi mahu SAPP sertai Pakatan
Khamis, 19 Jun 2008 • Kategori: Berita Semasa, Berita Utama, Nasional, Sabah & Labuan19 Jun (SK)- DALAM undian dilaman web Parti Progresif Sabah (SAPP), 86 peratus dari 6126 pengundi memilih untuk SAPP keluar dari Barisan Nasional (BN) dan seterusnya menyertai Pakatan Rakyat.
Manakala seramai 633 yang mewakili 10 peratus pengundi mahukan SAPP keluar dari BN dan tidak menyertai kumpulan.
Hanya 3 peratus iaitu seramai 187 pengundi yang mahukan SAPP setia bersama BN.
Selain itu beberapa undian juga dibuat dilaman web berkenaan. Antaranya ialah mengenai undi tidak percaya kepada Perdana Menteri, Abdullah Badawi.
Undian berkenaan meminta sama ada pengundi memilih sama ada ianya relevan atau tidak.
Pada pagi ini sahaja, 95 peratus atau 328 pengundi telah memilih ianya adalah relevan, dan bakinya berjumlah 16 peratus tidak relevan.
Laman web berkenaan boleh dikunjungi di alamat web berikut; http://sapphq.blogspot.com/ -/Fiq
Berikan Pendapat Anda
SMS
RSS
