Jumaat, 22 Ogos 2008
  

288 Ahli Majlis dilantik di Selangor

Khamis, 19 Jun 2008 • Kategori: Berita Utama, Selangor & Putrajaya

[[LINTAS LANGSUNG 12.30 PETANG]] SHAH ALAM, 19 Jun (SK)- Seramai 288 orang yang terdiri dari ahli Pakatan Rakyat, Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan prosional hari ini diumumkan sebagai Ahli Majlis untuk 12 Pihak Berkuasa Tempatan di Negeri Selangor.

Pengumuman yang dibuat oleh Exco Kerajaan Negeri, Ronnie Liu, turut menyatakan bahawa 49 daripada 288 adalah terdiri daripada wanita dan beberapa Orang Kurang Upaya (OKU) turut dilantik.

Hanya Yang Dipertua, Dato Bandar dan Orang Besar Daerah sahaja dikekalkan didalam PBT sekarang.

Kesemua mereka akan dilantik mengikut kontrak selama satu tahun dan kesemua mereka akan hadir untuk menjalani latihan dan kursus selama 2 atau 3 hari di Morib.

Majlis angkat sumpah akan diadakan pada akhir bulan ini. Turut hadir dalam sidang media tengah hari tadi ialah Menteri Besar Selangor, Abdul Khalid Ibrahim. /-Fiq

Berikan Pendapat Anda

Jika anda ingin menyuarakan sebarang komen, aduan, cadangan, pendapat, rencana atau sebagainya, sila hantarkan e-mel kepada kami. Sertakan bersama nama, nama pena, alamat, no. kad pengenalan, dan no. telefon (maklumat anda adalah rahsia dan tidak akan disiarkan).

Artikel yang diterima dan dikemaskinikan akan dipaparkan didalam kolum Forum Pembaca.