Kerajaan bantu orang miskin dan ibu Tunggal sempena 100 hari Pakatan Rakyat
Jumaat, 20 Jun 2008 • Kategori: Berita Utama, Selangor & PutrajayaAMPANG, 19 Jun (SK) - Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinian dan Kerajaan Prihatin telah mengadakan lawatan kerja ke rumah orang miskin dan ibu tunggal di sekitar Ampang Jaya dan Pandan bersempena 100 hari Pakatan Rakyat.
Program anjuran KeADILan Ampang Jaya dan Pandan dengan kerjasama Majlis Ampang Jaya(MPAJ) di bawah Jabatan Belia dan Masyarakat serta Lembaga Zakat.
Setelah bancian dilakukan oleh KeADILan, terdapat ramai golongan miskin dan ibu tunggal
di sekitar Lembah Klang. Tidak kurang juga golongan orang kurang upaya (OKU) yang menerima bantuan sumbangan berbentuk keperluan harian dan wang.
Golongan ini akan menerima bantuan selanjutanya daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Lembaga Zakat.
Berikan Pendapat Anda
SMS
RSS
