Keputusan mencabar di Mahkamah untuk buktikan pemecatan Anwar tidak sah - Johari Abdul
Rabu, 25 Jun 2008 • Kategori: Berita Utama, Parlimen, PolitikPARLIMEN,25 Jun (SK) -Ahli Parlimen Sungai Petani yang juga Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi KeADILan, Johari Abdul berkata keputusan Mahkamah Persekutuan untuk membenarkan Anwar Ibrahim mencabar keputusan pemecatanya pada 1998 bukan bermakna untuk Anwar kembali ke dalam Kerajaan.
Sebaliknya menurut cabaran berkenaan adalah untuk membuktikan bahawa pemecatan Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Perdana Menteri ketika itu adalah tidak sah dan tidak mengikut prosuder yang betul.
Pemecatan Anwar ketika itu oleh Bekas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad adalah tidak sah kerana ianya dibuat tanpa merujuk terlebih dahulu kepada Yang Dipertuan Agong.
Johari berkata sedemikian ketika ditemui di lobi parlimen pagi ini.
Berikan Pendapat Anda
SMS
RSS
