AMK laksana kempen daftar undi untuk rakyat Malaysia diluar negara
Rabu, 25 Jun 2008 • Kategori: Berita Utama, Nasional, ParlimenPARLIMEN,25 Jun (SK) - Angkatan Muda KeADILan (AMK) akan mengiatkan usaha bagi mendaftarkan pelajar-pelajar atau rakyat Malaysia yang berada di luar negara kedalam daftar pemilih, Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia.
Menurut Pengerusi Biro Strategi dan Hubungan Luar Negara AMK, Yusmadi Yusoff, AMK akan mengambil langkah proaktif bagi memastikan setiap rakyat Malaysia dapat menjalankan hak demokrasi yang sepatutnya dilaksanakan.
“Buat masa ini tidak ada sebarang usaha atau kwmpen yang kuat untuk menggalakan rakyat negara ini yang layak mengundi berdaftar dan seterusnya melaksanakan tanggungjawab demokrasi, dalam hal ini, AMK memandang serius perkara ini,” kata beliau ketika ditemui di lobi parlimen tengah hari ini.
Jelasnya kempen ini akan bermula pada Julai ini dan akan bermula di Amerika Syarikat.
Selain itu jelas Yusmadi pihak beliau ada mendengar rungutan mengenai rakyat Malaysia yang tidak dapat melaksanakan pengundian pada pilihanraya lepas.
Menurut beliau kemudahan pengundian hanya diberikan kepada mereka yang bertugas di kedutaan sahaja.
Berikan Pendapat Anda
SMS
RSS
