SAPP tetap usul undi tidak percaya pada PM
Rabu, 25 Jun 2008 • Kategori: Berita Utama, Nasional, Sabah & LabuanKOTA KINABALU, 25 JUN (SK)- Ahli Parlimen Sepanggar, Eric Majimbun akan terus menyokong undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi.
Beliau yang juga Timbalan Presiden Parti Progesif Sabah (SAPP), juga menafikan kenyataan bahawa beliau tidak akan menyokong usul undi tidak percaya berkenaan seperti dilaporkan oleh beberapa akhbar arus perdana.
Menurutnya usul itu akan tetap dibentangkan namun apa yang belum pasti ialah bila ia akan dibentangkan.
Mesyuarat ahli majlis tertinggi SAPP 20 Jun sebulat suara bersetuju untuk menyokong usul undi tidak percaya tersebut.
Berikan Pendapat Anda
SMS
RSS
