Jumaat, 22 Ogos 2008
  

15 Ribu banjiri Stadium Bandaraya, Anwar Ulangi turunkan harga minyak

Isnin, 16 Jun 2008 • Kategori: Berita Utama, Pulau Pinang

[[GAMBAR DIDALAM]]PULAU PINANG, 15 Jun (SK) – Kira-kira 15,000 orang telah memenuhi Stadium Bandaraya disini bagi menghadiri Program Bersama Rakyat yang dihadiri oleh Ketua Umum KeADILan, Anwar Ibrahim, Ketua Menteri Pulau Pinang pentadbiran Lim Guan Eng , Naib Presiden Pas Mohd Sabu dan Lim Kit Siang.

Anwar Ibrahim turut menyatakan sekali lagi akan menurunkan harga minyak sekiranya . Kerajaan Pakatan Rakyat mengambil alih negara dalam sedikit masa lagi.

“Langkah pertama yang akan diambil oleh Kerajaan yang akan di tubuhkan nanti ialah memikirkan bagaimana meringankan kesusahan rakyat dan dengan itu langkah utamanya ialah dengan menurunkan harga minyak” katanya.

Beliau turut memuji tindakan kerajaan negeri Pulau Pinang di bawah pentadbiran Lim Guan Eng yang memperkenalkan sistem penjimatan dan berhati-hati dalam perbelanjaan.
Berita lanjut akan terbit pada Suara Keadilan 137 yang akan terbit pada 17 Jun ini

Berikan Pendapat Anda

Jika anda ingin menyuarakan sebarang komen, aduan, cadangan, pendapat, rencana atau sebagainya, sila hantarkan e-mel kepada kami. Sertakan bersama nama, nama pena, alamat, no. kad pengenalan, dan no. telefon (maklumat anda adalah rahsia dan tidak akan disiarkan).

Artikel yang diterima dan dikemaskinikan akan dipaparkan didalam kolum Forum Pembaca.