Jumaat, 22 Ogos 2008
  

Anwar buat laporan polis keatas Ghani dan Musa

Selasa, 1 Julai 2008 • Kategori: Berita Semasa, Berita Utama, Politik

KUALA LUMPUR, 1 Julai (SK) - Ketua Umum KeADILan, Anwar Ibrahim akan membuat satu laporan Polis terhadap Peguam Negara, Ghani Patail dan bekas Ketua Polis Negara Musa Hassan di Ibu Pejabat Polis Kontijen Shah Alam 2 Petang ini.

Manakala satu sidang akhbar pula akan menyusul di Ibu Pejabat KeADILan di Damansara pada jam 3.30 petang.

Semalam kira-kira 200 orang berkumpul di Ibu Pejabat KeADILan bagi mendengar amanat Anwar selepas pulang dari kedutaan Turki jam 6 petang semalam.

Walaubagaimanapun Anwar tidak dapat menghadirkan diri kerana beliau dikatakan mempunyai perjumpaan penting bersama barisan peguam.

Berikan Pendapat Anda

Jika anda ingin menyuarakan sebarang komen, aduan, cadangan, pendapat, rencana atau sebagainya, sila hantarkan e-mel kepada kami. Sertakan bersama nama, nama pena, alamat, no. kad pengenalan, dan no. telefon (maklumat anda adalah rahsia dan tidak akan disiarkan).

Artikel yang diterima dan dikemaskinikan akan dipaparkan didalam kolum Forum Pembaca.