Sertai Pakatan Rakyat, empat wakil BN terus beri komitmen
Khamis, 3 Julai 2008 • Kategori: Berita Utama, ParlimenPARLIMEN, 2 Julai (SK)- Pendirian empat Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang dikatakan akan menyertai Pakatan Rakyat masih diteruskan walau apa jua keadaan.
Perkara berkenaan dijelaskan oleh Naib Presiden KeADILan yang juga Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali.
Ketika ditemui di Parlimen beliu menyatakan bahawa Ahli Parlimen berkenaan telah menghubungi beliau melalui telefon dan ternyata komitmen mereka untuk sertai Pakatan Rakyat masih kuat.
Sebelum itu, Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan, Saifuddin Abdullah berkata ketaatan beliau kepada Barisan Nasional masih tinggi dan tidak akan sertai mana-mana pakatan.
Mengulas perkara sedemikian, Azmin berkata sebelum ini, Parti Maju Sabah (SAPP) telah menyatakan untuk setia di belakang Perdana Menteri, namun SAPP juga yang mengumumkan akan melakukan usul tidak percaya kepada Abdullah Badawi.
Azmin menyatakan kemungkinan ada Ahli Parlimen tidak mahu mengumumkan untuk sertai Pakatan Rakyat pada waktu ini berikutan beberapa insiden.
Berikan Pendapat Anda
SMS
RSS
