Rabu, 8 Oktober 2008
  

Pakatan Rakyat desak RMK-9 adil di semua negeri

Khamis, 3 Julai 2008 • Kategori: Berita Semasa, Berita Utama, Parlimen

Parlimen, 3 Julai (SK) – Pakatan Rakyat mendesak kerajaan melaksanakan projek pembangunan di bawah Rancangan Malaysia Ke-9 (RMK-9) secara adil khususnya di setiap negeri termasuklah negeri yang kini diperintah Pakatan Rakyat.

Desakan itu dibuat Khalid Ibrahim (KeADILan-Bandar Tun Razak) dalam ucapan perbahasan beliau dalam usul kajian separuh penggal (RMK-9).

Menurut Khalid lagi, kerajaan juga sebelum ini tidak pernah membentangkan peruntukkan secara lebih terperinci bagi setiap negeri dalam pelaksanaan rancangan lima tahun tersebut.

Beliau berharap pelaksanaan RMK-9 ini akan lebih mengambil kira kepentingan rakyat secara keseluruhannya di samping meminta kerajaan untuk lebih terbuka mendedahkan peruntukan bagi setiap negeri.

Berikan Pendapat Anda

Jika anda ingin menyuarakan sebarang komen, aduan, cadangan, pendapat, rencana atau sebagainya, sila hantarkan e-mel kepada kami. Sertakan bersama nama, nama pena, alamat, no. kad pengenalan, dan no. telefon (maklumat anda adalah rahsia dan tidak akan disiarkan).

Artikel yang diterima dan dikemaskinikan akan dipaparkan didalam kolum Forum Pembaca.