Usul laporan polis dan akuan sumpah ‘dihumban’ keluar

Selasa, 8 Julai 2008 • Kategori: Berita Utama, Parlimen

Parlimen, 8 Julai (SK) – Kerajaan hari ini mengambil langkah negatif apabila enggan membenarkan usul berhubung beberapa laporan polis dan akuan sumpah untuk dibahaskan di dewan rakyat. 

Usul tersebut dikemukakan Sallehuddin Ayub (PAS-Kubang Kerian) bagi mewakili ahli-ahli parlimen Pakatan Rakyat pada 3 Julai lalu namun ditolak Speaker di dalam kamar semalam.

Tidak puas hati dengan penolakan usul berkenaan, Sallehuddin bangkin mencelah sebelum sesi perbahasan usul kajian separuh penggal Rancangan Malaysia Ke-9 (RMK-9) meminta agar Speaker membenarkan usul berkenaan dibahaskan.

Menurut beliau yang juga merupakan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, usul tersebut tidak terkeluar dari mana-mana syarat usul untuk diterima untuk dibahaskan kerana ia termasuklah sebagai perkara tertentu, berkepentingan ramai dan perlu disegerakan.

Walaubagaimanapun, Timabalan Speaker, Wan Junaidi Tuanku Jaafar menegaskan bahawa isu yang hendak diutarakan Sallehuddin itu kini dalam siasatan polis dan mahkamah. Oleh itu ia wajar ditolak dari diperbahaskan di dewan.

Antara perkarat terkandung dalam usul tersebut termasuklah Akuan Bersumpah Raja Petra terhadap isteri Timbalan Perdana Menteri, Rosmah Mansor dalam tuduhan pembunuhan Altantuya, Laporan Polis terhadap Anwar Ibrahim oleh Saiful Bukhari Azlan dan Laporan Polis Anwar Ibrahim terhadap Ketua Polis Negara, Musa Hasan dan Penguam Negara, Ghani Patail.  

 

Berikan Pendapat Anda

Jika anda ingin menyuarakan sebarang komen, aduan, cadangan, pendapat, rencana atau sebagainya, sila hantarkan e-mel kepada kami. Sertakan bersama nama, nama pena, alamat, no. kad pengenalan, dan no. telefon (maklumat anda adalah rahsia dan tidak akan disiarkan).

Artikel yang diterima dan dikemaskinikan akan dipaparkan didalam kolum Forum Pembaca.