Jumaat, 22 Ogos 2008
  

Anwar bertemu komuniti diplomatik

Rabu, 23 Julai 2008 • Kategori: Berita Semasa, Berita Utama, Nasional

KUALA LUMPUR, 23 Julai (SK) - KETUA Umum KeADILan, Anwar Ibrahim semalam memberi taklimat kepada wakil-wakil kedutaan asing di Malaysia di Ibu Pejabat KeADILan, Petaling Jaya.

Taklimat tertutup berkenaan, telah dihadiri oleh 38 duta dan wakil-wakil kedutaan asing di Malaysia yang bertujuan untuk menerangkan keadaan politik semasa terutamanya berkaitan Pakatan Rakyat, tuduhan fitnah terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim serta berkongsi pandangan mengenai kedudukan ekonomi negara.

Dalam catitan di blog Anwaribrahimblog.com, sesi pertemuan berkenaan merupakan satu forum yang sangat berguna bagi menyampaikan berita, pandangan dan idea berkaitan parti dan Pakatan Rakyat kepada komuniti diplomatik.

Berikan Pendapat Anda

Jika anda ingin menyuarakan sebarang komen, aduan, cadangan, pendapat, rencana atau sebagainya, sila hantarkan e-mel kepada kami. Sertakan bersama nama, nama pena, alamat, no. kad pengenalan, dan no. telefon (maklumat anda adalah rahsia dan tidak akan disiarkan).

Artikel yang diterima dan dikemaskinikan akan dipaparkan didalam kolum Forum Pembaca.