[Video] Bekas Timbalan Menteri Sertai KeADILan
Wednesday, 23 July 2008 • Kategori: Berita Semasa, Berita Utama, NasionalPETALING JAYA, 21 Jun (SK)- KETUA Umum KeADILan, Anwar Ibrahim mengumumkan penyertaan seorang bekas Timbalan Menteri, Datuk Fauzi Abdul Rahman ke dalam KeADILan.
Fauzi adalah Bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Ahli Parlimen Kuantan serta jawatan terakhir beliau adalah Ahli Dewan Undangan Negeri Beserah.
Beliau melepaskan jawatan sebagai Adun pada bulan Mac, 2001 setelah membuat satu laporan polis terhadap Setiausaha Agong Umno ketika itu Tan Sri Khalil Yaakob, kerana mengagihkan kawasan balak tanpa mengikut kuota yang ditetapkan Dasar Perhutanan Negara ketika menjawat Menteri Besar Pahang antara 1986 hingga 1999.


SMS
RSS
