Jumaat, 21 November 2008

193 Orang Terima Pingat Negeri Selangor

Khamis, 24 Julai 2008 • Kategori: Berita Semasa, Berita Utama, Nasional, Selangor & Putrajaya

SHAH ALAM, 24 Julai - Seramai 193 orang menerima pingat negeri Selangor daripada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj dalam satu istiadat yang berlangsung di Dewan Jubli Perak Sultan Abdul Aziz dekat sini petang ini.

Kesemua mereka dari daerah Petaling, Klang dan Hulu Selangor menerima pingat sempena menyambut ulang tahun keputeraan yang ke-62 baginda.

Pada majlis pengurniaan hari ini seramai 31 orang menerima Pingat Pekerti Terpilih (P.P.T.), 37 orang menerima Pingat Perkhidmatan Cemerlang Selangor (P.P.C.), 103 orang menerima Pingat Jasa Kebaktian (P.J.K.) dan 22 orang menerima Pingat Perkhidmatan Selangor (P.P.S.).

Hadir sama Dato’ Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Ramli Mahmud dan Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri. - NOOR ALLIA KASSIM

Berikan Pendapat Anda

Jika anda ingin menyuarakan sebarang komen, aduan, cadangan, pendapat, rencana atau sebagainya, sila hantarkan e-mel kepada kami. Sertakan bersama nama, nama pena, alamat, no. kad pengenalan, dan no. telefon (maklumat anda adalah rahsia dan tidak akan disiarkan).

Artikel yang diterima dan dikemaskinikan akan dipaparkan didalam kolum Forum Pembaca.