Najib dihalau keluar dari kampung

Isnin, 18 Ogos 2008 • Kategori: Berita Semasa, Berita Utama, P44 Permatang Pauh, Politik

PERMATANG PAUH, 17 Ogos (SK) - Beberapa sumber mengatakan Timbalan Presiden Umno, Najib Tun Razak dihalau keluar dari sebuah Kampung Kubang Semang oleh penduduk kampung berkenaan.

Beliau yang datang kesana untuk melawat bilik gerakan Puteri Umno selepas pulang dari Seberang Jaya dihalau keluar dan jeritan-jeritan Altantuya turut kedengaran.

Turut dikatakan, dua trak land rover FRU turut berada disana untuk melindungi Najib.

Kerana malu, beliau hanya melawat selama 5 minit sahaja dan bergegas keluar dari kampung berkenaan.

Berikan Pendapat Anda

Jika anda ingin menyuarakan sebarang komen, aduan, cadangan, pendapat, rencana atau sebagainya, sila hantarkan e-mel kepada kami. Sertakan bersama nama, nama pena, alamat, no. kad pengenalan, dan no. telefon (maklumat anda adalah rahsia dan tidak akan disiarkan).

Artikel yang diterima dan dikemaskinikan akan dipaparkan didalam kolum Forum Pembaca.