Rakyat Malaysia di London turut memberi sokongan, AIC anjur perhimpunan
Khamis, 21 Ogos 2008 • Kategori: Berita Semasa, Berita Utama, Luar Negara, P44 Permatang PauhBUKAN sahaja di Malaysia sahaja bahang pilihan raya kecil P44 Permatang Pauh dapat dirasa, malah rakyat Malaysia yang berada di United Kingdom turut mahukan Anwar memenangi pilihan raya kecil ini seterusnya ke Parlimen dan menjadi Perdana Menteri.
Atas inisetif itu, Anwar Ibrahim Club United Kingdom (AIC UK) akan menganjurkan satu perhimpunan di hadapan Bahagian Pelajar Malaysia (MSD) di London, Sabtu ini pada jam 2 petang.
Dengan mesej memberikan sokongan kepada calon KeADILan, Anwar Ibrahim, AIC UK turut meminta seluruh rakyat Malaysia yang berada di United Kingdom hadir sama untuk memberikan sokongan.
Sebarang pertanyaan boleh menghubungi wakil AIC UK, Julailey Jemadi ditalian +447889125195 atau emaikan kepada Farhan Fauzi di ahan.fauzi@gmail.com
Berikan Pendapat Anda
SMS
RSS
