Pakatan Rakyat pandang serius konspirasi politik
Khamis, 21 Ogos 2008 • Kategori: Berita Semasa, Berita Utama, NasionalPETALING JAYA, 21 OGOS (SK)- Timbalan Presiden KeADILan Syed Husin Ali menyatakan bahawa pihak Pakan Rakyat sedang memantau perkembangan yang meyeluruh dalam siasatan Biro Pencegah Rasuah (BPR) mengenai Exco Perak dan yang lain-lain dengan teliti.
Berikutan penahanan dua exco Perak bersama enam orang lagi, kerana disyaki terlibat dalam perbuatan rasuah berkaitan projek perumahan Seri Iskandar, Perak pada 19 Ogos lalu
Kedua-duanya adalah Adun Changkat Jering merangkap exco pelancongan, modal insan dan NGO, Mohd Osman Mohd Jailu dan Adun Behrang merangkap exco pembangunan usahawan, pertanian dan perdagangan, Jamaluddin Mohd Radzi.
“Ini adalah untuk memastikan ianya berjalan secara menyeluruh, telus dan profesional dalam menjalakan siasatan supaya BPR tidak melanggar peraturan undang-undang.” kata beliau dalam kenyataan akhbarnya.
“Cara penangkapan yang dibuat ke atas kedua-dua exco berkenaan amat ketara menampakan sebagai satu perangkap. Waktu dan masa penangkapan juga dibuat dalam suasana bilamana kesibukan pilihanraya kecil Permatang Pauh sedang berjalan.
Walau bagaimanapun selama ini pihak BPR tidak sepantas ini dalam mengangani kes rasuah dan selalu dipertikaikan tentang kecekapan dalam menjalankan tugas mereka termasuk kes rasuah di Labuan,” jelas beliau.
Berikutan kes seorang lagi ahli politik kanan Barisan Nasional Sabah disiasat BPR berhubung dakwaan rasuah membabitkan hampir RM60 juta.
Pihak kami berharap BPR akan menunjukkan kecekapan mereka dalam kes melibatkan ahli-ahli Barisan Nasional juga.
Pertuduhan seperti ini amat dipandang serius oleh pakatan Rakyat dan pihak kami telah membuat banyak langkah pembasmian atau pengurangan gejala rasuah dalam pentadbiran kerajaan Barisan Nasional.
Sebagi contoh, Kerajaan Pakatan Rakyat telah menubuhkan tender terbuka (open-tenders) untuk semua kontrak kerajaan dan telah menjimatkan berjuta Ringgit untuk pembayar cukai.
Jika pertuduhan itu membuktikan bahawa ada salahlaku dalam Pakatan Rakyat, maka tindakan tegas akan diambil keatas sesiapa sahaja yang terlibat bagi menjaga maruah KeADILan dan ketelusan serta komitmen sebagai kerajaan yang telus lagi berwibawa.
Berikan Pendapat Anda
SMS
RSS
