Penurunan harga minyak: BN tidak akan berjaya pikat penduduk Permatang Pauh

Jumaat, 22 Ogos 2008 • Kategori: Berita Utama, P44 Permatang Pauh

PERMATANG PAUH, 22 Ogos (SK)- Ketua Umum KeADilan KeADILan , Anwar Ibrahim berkata langkah kerajaan BN yang mengumumkan penurunan harga minyak sebanyak 15 sen tidak akan berjaya mengalih sokongan pengundi di Permatang Pauh.

Beliau, yang juga calon Pakatan Rayat di pilihan raya kecil Permatang Pauh, berkata  Pakatan Rakyat sebenarnya berada di dalam keadaan yang lebih baik melalui fakta dan formula mereka sendiri untuk menurunkan harga minyak hingga ke paras RM2 seliter jika Pakatan Rakyat mengambilah alih pemerintahan negara.

“Pengundi di Permatang Pauh mengalu-alukan agenda pembahruan yang bakal dibawa oleh Pakatan Rakyat yang merangkumi kecekapan mentadbir negara, pemerintahan  yang telus dan pembasmian rasuah,” katanya lagi.

Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas mengenai pengumuman yang dibuat oleh kerajaan BN pimpinan Umno yang akan menurunkan harga minyak sebanyak 15 sen seliter dari RM2.78 kepada RM2.55 mulai tengahmalam ini.

Bagaimanapun, kerajaan BN tidak menyatakan bila penurunan harga minyak itu akan dilakukan.

Dalam pada itu, beliau mengalu-alukan kehadiran bekas Ketua Gerakan Wilayah Persektuan, Dr Tan Kee Kwong ke Permatang Pauh bagi membantu dan memberi sokongan moral terhadap jentera keADILan dalam pilihan raya kecil di Permatang Pauh.

Dalam satu sidang media yang diadakan di bangunan  Yayasan Aman, Penanti di Permatang Pauh, Dr Tan berkata kehadiran beliau adalah untuk menyokong sepenuhnya kemenangan  Anwar sekaligus  memastikan perubahan berlaku di negara ini bertititk tolak dari pilihan raya kecil ini.

Turut hadir dalam sidang media berkenaan ialah Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim, Naib Presiden keADILan, Tian Chua dan exco Kerajaan negeri Selangor, Elizabeth Wong.

Berikan Pendapat Anda

Jika anda ingin menyuarakan sebarang komen, aduan, cadangan, pendapat, rencana atau sebagainya, sila hantarkan e-mel kepada kami. Sertakan bersama nama, nama pena, alamat, no. kad pengenalan, dan no. telefon (maklumat anda adalah rahsia dan tidak akan disiarkan).

Artikel yang diterima dan dikemaskinikan akan dipaparkan didalam kolum Forum Pembaca.