Umno guna agama untuk lempar fitnah jahat- Anwar
Sabtu, 23 Ogos 2008 • Kategori: Berita Utama, P44 Permatang Pauh, Pulau PinangPERMATANG PAUH, 22 OGOS (SK)- Ketua umum KeADILan, Anwar Ibrahim menyelar sikap Pemimpin Umno yang masih melakukan pelbagai fitnah dan tuduhan terhadap beliau walaupun terpaksa mempergunakan agama untuk menutupi segala kejahatan yang mereka lakukan.
![]() |
| Ceramah Anwar yang dihadiri lebih 5000 orang di Permatang Pasir malam tadi. Foto: Rusnizam Mahat |
Dalam satu Ceramah umum di bilik gerakan Kampung Pelet di Permatang Pasir, Permatang pauh, Anwar berkata pemimpin Umno yang melakukan pelbagai fitnah terhadap beliau akan menerima dosa yang besar dan dilaknat oleh Allah S.W.T.
Turut hadir dalam ceramah berkenaan ialah presiden KeADILan, DR Wan Azizah, Naib Presiden KeADILan, Mustafa Kamil Ayub dan Adun Penanti, Hamdan Abd karim.
Anwar dalam ucapannya berkata, beliau tidak mahu menjatuhkan maruah dan mengaibkan pemimpin-pemimpin Umno yang tidak bermoral seperti mana tuduhan liwat dikenakan terhadapnya meskipun beliau boleh melakukan demikian.
Menurutnya, beliau merasa kesal kerana dizalimi selama berada di dalam kerajaan, beliau tidak pernah melakukan apa-apa kesalahan seperti amalan rasuah yang dilakukan oleh pemimpin Umno dan Barisan Nasional.
” Hang Nak aibkan aku apa lagi, selama 8 tahun saya jadi menteri kewangan, ada satu saham saya ambil? ada satu inci tanah saya ambil? ada kontrak saya bagi pada anak pinak saya? Sebab itu mereka suruh panggil budak (Saiful) ini sebab bukti lain tidak ada” ujar beliau.
Sambil berikrar kemenangan beliau akan menyaksikan kemunculannya ke Parlimen atas kapasiti Ketua Pembangkang seperti yang dipersetujui oleh Pakatan Rakyat, Anwar menegaskan akan mempertahankan keputusan untuk menurunkan harga minyak sehingga RM2.00 seliter.
Menurutnya, berdasarkan harga pasaran minyak dunia, harga minyak seharusnya diturunkan pada kadar 70 sen seliter berbdanding keputusan kerajaan untuk turunkan harga minyak sebanyak 15 sen.
Beliau mengulas langkah kerajaan menurunkan harga minyak tersebut sebagai tindakan yang terdesak dan sebagai usaha untuk memancing undi dalam pilihanraya kecil di Permatang pauh.
Anwar dalam ucapannya turut membidas sikap Umno yang cuba mempermainkan sentimen perkauman dengan mengatakan beliau akan melantik pemimpin-pemimpin Cina sekiranya menjadi Perdana menteri.
” Takkan nak cerca saya ini sepuluh tahun, tuduh saya agen Amerika, agen yahudi, sekarang ini agen Cina pula” katanya dihadapan kira-kira 1500 hadirin.
Beliau mengingatkan rakyat Permatang Pauh bahawa dasar Pakatan Rakyat adalah untuk membela nasib semua kaum dan bukannya menjaga kepentingan segelintir pemimpin Umno yang rasuah.
Anwar dalam masa yang sama mengingatkan pimpinan Umno seperti Khairi Jamaluddin supaya tidak berkelakuan angkuh dan sombong sepertimana dakwaan Naib Pemuda Umno itu bahawa Umno akan ‘menguburkan’ karier politik beliau dalam pilihanraya kecil di Permatang Pauh.
” 26 Ogos ini, seperti mana yang mereka kata akan kuburkan saya, jika menang saya di Permatang pauh dan 29 Ogos belanjawan di Parlimen, saya akan lawan mereka habis habisan” ujar Anwar.

Berikan Pendapat Anda
SMS
RSS
