Masyarakat madani perlu bermula dengan negara hukum- Anwar

Ahad, 24 Ogos 2008 • Kategori: Berita Semasa, Berita Utama, Nasional, P44 Permatang Pauh, Pilihanraya 2008, Selangor & Putrajaya, Video

PERMATANG PAUH 24 OGOS (SK)- Ketua umum keADILan, Anwar Ibrahim berkata,pembinaan masyarakat madani bagi mengangkat martabat bangsa perlu dimulakan dengan belandaskan negara hukum.

Foto oleh Wartawan Rasmi Laman Reformasi


Jelasnya, pembinaan masyarakat madani perlu berteraskan kepada prinsip akhlak dan akidah yang mulia selain penguasaan ilmu yang merangkumi pelbagai bidang.

Beliau berkata demikian ketika memberikan ucap tama ‘membela masyarakat madani’ dalam konvensyen masyarakat madani di madrasah An-Nahdhoh kampung Petani, Bukit Indera Muda di Kubang Semang, Permatang pasir, pagi tadi.

Turut serta dalam konvensyen sehari itu ialah timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Fairus Khairuddni dan ia dihadiri kira-kira 500 peserta.

Menurut Anwar, tanggungjawab pemerintah yang adil dalam sebuah masyarakat madani perlu mengutamakan penekanan aspek makkasid syariah, seperti mana yang pernah diamalkan oleh pemerintahan Umar Abdul Aziz.

” Masyarakat itu terdiri dari individu…sekiranya individu itu tidak membentuk akhlak yang baik, maka negara akan menjadi kucar kacir” ujarnya.

Jelasnya, politik pemerintah dalam sesebuah masyarakat madani perlu mengenengahkan prinsip berlandaskan undang-undang dan hukum dan bukannya mengamalkan pemerintahan yang rasuah serta melakukan penindasan.

“Seseorang pemerintah yang baik dalam sesebuah masyarakat madani perlu mengutamakan prinsip keadilan yang menyeluruh kepada rakyat melebihi kepentingan peribadi dan keluarga” tegas Anwar.

Jesteru, beliau berkata konvensyen seumpama ini merupakan satu permulaan bagi memupuk kefahaman masyarakat terhadap prinsip masyarakat madani yang dapat memperkasakan rakyat melalui agenda untuk mengangkat martabat ekonomi, kebudayaan, ilmu dan pendidikan.

Berikan Pendapat Anda

Jika anda ingin menyuarakan sebarang komen, aduan, cadangan, pendapat, rencana atau sebagainya, sila hantarkan e-mel kepada kami. Sertakan bersama nama, nama pena, alamat, no. kad pengenalan, dan no. telefon (maklumat anda adalah rahsia dan tidak akan disiarkan).

Artikel yang diterima dan dikemaskinikan akan dipaparkan didalam kolum Forum Pembaca.